Page 90 - 循人中学行政手册Tsun Jin High School Administative Manual
P. 90

15. Jaket calon perlu dipakai atau disangkut pada belakang kerusi.
                    16. Jangan menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak diri anda di dalam peperiksaan.
                    17. Dilarang berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik / dewan peperiksaan semasa
                        peperiksaan dijalankan.
                    18. Calon tidak dibenarkan menukar tempat duduk tanpa kebenaran daripada guru pengawas.
                    19. Calon dibenarkan menggunakan Buku Sifir (Matematik) Empat Angka dengan syarat tiada
                          sebarang catatan di dalamnya.
                    20. Penggunaan kalkulator (yang tidak boleh diaturcarakan) dibenarkan dalam semua subjek
                       kecuali subjek UEC peringkat Junior dan subjek yang disenaraikan oleh Bahagian Akademik .
                    21. Calon tidak dibenarkan membawa telefon bimbit masuk ke dewan peperiksaan.
                    22. Sekiranya calon perlu pergi ke tandas, dia perlu ditemani guru peronda yang bertugas.
                    23. Pelajar yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh dikenakan tindakan yang setimpal
                       mengikut peraturan disiplin sekolah.


               B39 Arahan Am Kepada Guru Pengawas
                    (A) Sebelum Peperiksaan
                        1.  Perlu memberitahu bahagian akademik dengan awal jika guru pengawas tidak dapat hadir
                             dalam pengawasan    peperiksaan.
                        2.  Guru  pengawas  bertanggungjawab  mencatat  kehadiran  calon  di  dalam  bilik  /  dewan
                          peperiksaan pada senarai nama yang disediakan.
                        3.  Semak butiran kertas soalan yang diterima daripada bahagian akademik. Dilarang membawa
                          kertas soalan ke tempat lain kecuali bilik / dewan peperiksaan.
                        4.  Guru pengawas perlu berada di dalam bilik / dewan peperiksaan 10 minit sebelum bermula
                          peperiksaan.
                    (B) Sebelum Penyerahan Kertas Soalan Kepada Calon
                        1.  Mengarahkan  calon  meletakkan  beg,  buku  dan  kertas  di  tempat  yang  ditetapkan  dan
                          memastikan tiada sebarang kertas di dalam laci.
                        2.  Memastikan setiap meja mempunyai pelekat meja yang betul dan menasihat pelajar yang tidak
                          ada pelekat meja supaya mendapatkannya daripada bahagian akademik.
                        3.  Memastikan calon beratur dengan baik di luar bilik / dewan peperiksaan.
                        4.  Menulis matapelajaran peperiksaan dan masa dengan jelas dan besar pada papan putih.
                    (C) Penyerahan Kertas Soalan
                        1.  Kertas soalan perlu diletakkan di atas meja yang mempunyai pelekat meja yang betul. Kertas
                          soalan tersebut hendaklah ditutup dengan baik.
                        2.  Calon  diarahkan  masuk  dan  duduk  di  tempat  duduk  yang  ditetapkan  sehingga  masa
                          peperiksaan bermula.
                        3.  Kertas soalan yang tidak jelas dan kurang perlu digantikan dengan segera.
                        4.  Mengingatkan calon supaya memeriksa kertas soalan dengan teliti terhadap mata pelajaran
                          dan bilangan muka suratnya.
                    (D) Semasa Peperiksaan Dijalankan
                        1.  Mencatat kehadiran pelajar dengan teliti dan mencatat nama dan nombor kelas pelajar yang
                          tidak hadir pada 'borang hijau'
                        2.  Pengawasan perlu mematuhi 'Arahan Am Kepada Calon Peperiksaan Sekolah'.
                        3.  Kerja pengawasan perlu dijalankan dengan penuh perhatian dan tidak menjalankan kerja lain
                          selain dari pengawasan peperiksaan.
                        4.  Sebarang masalah yang timbul semasa pengawasan  harus melaporkan kepada bahagian
                          akademik melalui pelajar dan guru pengawas tidak dibenarkan meninggalkan bilik / dewan
                          peperiksaan.
                        5.  Pelajar yang lewat tidak melebihi 30 minit dibenarkan mengambil peperiksaan tetapi masa
                          peperiksaan tidak dipanjangkan.
                        6.  Pelajar yang lewat lebih daripada 30 minit perlu mendapat kebenaran khas daripada Penyelia
                          Akademik untuk mengambil peperiksaan tersebut.

                                                           教-30
               23-5xzB.doc
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95