Page 88 - 循人中学行政手册2025-2026
P. 88
4. Guru pengawas perlu berada di dalam bilik / dewan peperiksaan 10 minit sebelum bermula
peperiksaan.
(B) Sebelum Penyerahan Kertas Soalan Kepada Calon
1. Mengarahkan calon meletakkan beg, buku dan kertas di tempat yang ditetapkan dan
memastikan tiada sebarang kertas di dalam laci.
2. Memastikan setiap meja mempunyai pelekat meja yang betul dan menasihat pelajar yang tidak
ada pelekat meja supaya mendapatkannya daripada bahagian akademik.
3. Memastikan calon beratur dengan baik di luar bilik / dewan peperiksaan.
4. Menulis matapelajaran peperiksaan dan masa dengan jelas dan besar pada papan putih.
(C) Penyerahan Kertas Soalan
1. Kertas soalan perlu diletakkan di atas meja yang mempunyai pelekat meja yang betul. Kertas
soalan tersebut hendaklah ditutup dengan baik.
2. Calon diarahkan masuk dan duduk di tempat duduk yang ditetapkan sehingga masa
peperiksaan bermula.
3. Kertas soalan yang tidak jelas dan kurang perlu digantikan dengan segera.
4. Mengingatkan calon supaya memeriksa kertas soalan dengan teliti terhadap mata pelajaran
dan bilangan muka suratnya.
(D) Semasa Peperiksaan Dijalankan
1. Mencatat kehadiran pelajar dengan teliti dan mencatat nama dan nombor kelas pelajar yang
tidak hadir pada 'borang hijau'
2. Pengawasan perlu mematuhi 'Arahan Am Kepada Calon Peperiksaan Sekolah'.
3. Kerja pengawasan perlu dijalankan dengan penuh perhatian dan tidak menjalankan kerja lain
selain dari pengawasan peperiksaan.
4. Sebarang masalah yang timbul semasa pengawasan harus melaporkan kepada bahagian
akademik melalui pelajar dan guru pengawas tidak dibenarkan meninggalkan bilik / dewan
peperiksaan.
5. Pelajar yang lewat tidak melebihi 30 minit dibenarkan mengambil peperiksaan tetapi masa
peperiksaan tidak dipanjangkan.
6. Pelajar yang lewat lebih daripada 30 minit perlu mendapat kebenaran khas daripada Penyelia
Akademik untuk mengambil peperiksaan tersebut.
7. Pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan perlu dihantar ke bahagian disiplin untuk
tindakan disiplin.
8. Mengambil perhatian terhadap kebersihan dan ketenteraman bilik / dewan peperiksaan.
9. Guru pengawas tidak dibenarkan membawa telefon bimbit masuk ke dewan peperiksaan.
(E) Pemungutan Kertas Peperiksaan
1. Perlu mematuhi masa peperiksaan dan peraturan yang ditetapkan. (Rujukan kepada
perenggan 3 dan 4 pada Arahan Am)
2. Memastikan pelajar menghantar kertas jawapan dengan baik dan teratur untuk mengelakkan
kes peniruan berlaku.
3. Kertas jawapan perlu dikira dengan betul dan ditandatangani pada 'borang hijau' seterusnya
serahkannya kepada guru mata pelajaran yang berkenaan.
4. Kertas jawapan yang tidak digunakan perlu diserahkan kepada Bahagian Akademik.
教-40 单修班学生报考 PT3 办法 Peraturan Pendaftaran Peperiksaan PT3 untuk Pelajar
Aliran Tunggal
(此条文因取消单修班及取消报考 PT3 而取消)
教-41 单修班学生报考 SPM 办法 Peraturan Pendaftaran Peperiksaan SPM untuk Pelajar
Aliran Tunggal
(此条文因取消单修班而取消)
B-31
25-5xzB.doc

