Page 87 - 循人中学行政手册2025-2026
P. 87

四、本办法如有未尽善处,得由本校增删之。


               教-38 Arahan Am Kepada Calon Peperiksaan Sekolah
                    1.  Meja dalam bilik / dewan peperiksaan hendaklah diterbalikkan supaya laci menghadap ke depan.
                    2.  Calon harus menulis nama, kelas, nombor kelas dengan jelas pada kertas soalan dan juga tiap-
                       tiap helai kertas jawapan, peta, graf dan sebagainya.
                    3.  Calon yang lewat melebihi 30 minit tidak dibenarkan masuk ke bilik / dewan peperiksaan untuk
                       menduduki  peperiksaan  melainkan  mendapat  kebenaran  khas  daripada  penyelia  akademik
                       sekolah.
                    4.  Calon  tidak  dibenarkan  keluar  dari  bilik  /  dewan  peperiksaan  sebelum  tamat  masa  yang
                       diperuntukkan  bagi  kertas  soalan  itu.  Dalam  kes  kecemasan,  pelajar  tersebut  boleh  berbuat
                       demikian tetapi tidak dibenarkan menjawab kertas soalannya lagi. Calon tidak dibenarkan keluar
                       dari bilik / dewan peperiksaan pergi ke tandas 15 minit sebelum peperiksaan tamat.
                    5.  Pelekat meja perlu dijaga dengan baik dan diganti  apabila didapati hilang untuk mengelakkan
                       ditahan dari peperiksaan.
                    6.  Yuran harus dijelaskan sebelum menduduki peperiksaan.
                    7.  Calon harus membawa alat tulis yang secukupnya. Calon tidak dibenarkan membuat peminjaman
                       alat tulis di dalam bilik / dewan peperiksaan.
                    8.  Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau dekat bilik / dewan
                       peperiksaan semasa peperiksaan sedang dijalankan.
                    9.  Apabila masa peperiksaan tamat, calon harus berhenti menulis dan menyusun kertas jawapan
                       mengikut susunan yang betul dan hantar jawapan tanpa melengahkan masa.
                    10. Beg dan buku hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan.
                    11. Calon tidak dibenarkan membawa sebarang kertas keluar dari kawasan peperiksaan.
                    12. Calon dilarang mendedahkan jawapan sehingga boleh dibaca oleh pelajar lain.
                    13. Dilarang meniru atau memberikan peluang meniru kepada pelajar lain.
                    14. Dilarang memberikan atau mendapat pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan yang
                          tidak jujur.
                    15. Jaket calon perlu dipakai atau disangkut pada belakang kerusi.
                    16. Jangan menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak diri anda di dalam peperiksaan.
                    17. Dilarang berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik / dewan peperiksaan semasa
                        peperiksaan dijalankan.
                    18. Calon tidak dibenarkan menukar tempat duduk tanpa kebenaran daripada guru pengawas.
                    19. Calon dibenarkan menggunakan Buku Sifir (Matematik) Empat Angka dengan syarat tiada
                          sebarang catatan di dalamnya.
                    20. Penggunaan kalkulator (yang tidak boleh diaturcarakan) dibenarkan dalam semua subjek
                       kecuali subjek UEC peringkat Junior dan subjek yang disenaraikan oleh Bahagian Akademik .
                    21. Calon tidak dibenarkan membawa telefon bimbit masuk ke dewan peperiksaan.
                    22. Sekiranya calon perlu pergi ke tandas, dia perlu ditemani guru peronda yang bertugas.
                    23. Pelajar yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh dikenakan tindakan yang setimpal
                       mengikut peraturan disiplin sekolah.


               教-39 Arahan Am Kepada Guru Pengawas

                    (A) Sebelum Peperiksaan
                        1.  Perlu memberitahu bahagian akademik dengan awal jika guru pengawas tidak dapat hadir
                             dalam pengawasan    peperiksaan.
                        2.  Guru  pengawas  bertanggungjawab  mencatat  kehadiran  calon  di  dalam  bilik  /  dewan
                          peperiksaan pada senarai nama yang disediakan.
                        3.  Semak butiran kertas soalan yang diterima daripada bahagian akademik. Dilarang membawa
                          kertas soalan ke tempat lain kecuali bilik / dewan peperiksaan.

                                                           B-30
               25-5xzB.doc
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92